This was from facebook.
SEBAB-SEBAB AZAB KUBUR
Al-‘Allamah Al-Safaarainiy berkata, sebab-sebab penghuni kuburan diseksa terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:
1. Mujmal (umum).
Mereka diseksa di dalam kubur kerana kejahilan mereka terhadap Allah dan enggan mematuhi suruhan Allah serta melakukan maksiat. Azab kubur dan azab akhirat adalah akibat daripada murka Allah kepada hamba-Nya. Siapa yang dimurkai Allah di dunia ini kerana durhaka kepada-Nya dan tidak segera taubat kepada-Nya lalu mati dalam keadaan demikian maka untuknya azab kubur setimpal dengan kemurkaan Allah kepadanya.
2. Mufassal (Terperinci).
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah diperlihat dan diperdengarkan azab kubur ketika baginda melalui dua kuburan, yang satu diseksa kerana suka menceritakan keburukan orang sedangkan yang satu lagi kerana tidak menjaga kebersihan ketika buang air kecil. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bermimpi (semua mimpi para rasul adalah wahyu) diperlihatkan oleh Allah kepadanya sebab-sebab manusia diseksa di dalam kubur seperti orang yang solat tanpa bersuci (taharah), orang yang melalui seseorang yang sedang dizalimi lalu enggan menolongnya, orang yang membaca Al-Quran lalu tidur pada malamnya kemudian tidak mengamalkan apa yang dibacanya itu pada waktu siangnya, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang malas solat Subuh, orang yang enggan mengeluarkan zakat, orang yang gemar menyibar fitnah di dalam masyarakat, orang yang takabbur (sombong), orang yang ria’ dan orang yang suka mencaci orang lain sama ada melalui ucapan atau tindakannya. (Riwayat al-Bukhari)
See the highlighted one? Ain’t it scaryyyy? Ohmy, that is probably my number one problem.
No comments:
Post a Comment